Wednesday, July 15, 2009

Muhammad masuk wad

Sempat posing... Tgk gambar belakang budak yang interprem tu tengah kyusuk main game kat laptop

Muhammad mengulangkaji.. adalah 15 minit buat revision

The sibblings give moral support!

Sebenarnya dah agak lama anak2 kakct tak kena admit ke hospital. Masa Angah kecik dulu, dia memang kerap sangat masuk wad sebab asthma. Setahun ada 2,3 x. Muhammad pun tak silap kakct pernah masuk wad sebab wheezing. Masa umur dia dalam lingkungan 2 tahun. Lepas tu kalau kena attack, bole nego dengan doktor untuk just ambik nebulizer 4 jam sekali. Bukan apa, anak2 dah ramai. Kalau ada yang masuk wad, harus haru biru yang tinggal di rumah tu.

This time around, Muhammad start kena asthma attack a day after we send bibik balik. Hari Isnin sampai Rabu kakct cuti, so dia follow aje kakct gi kemana2. Actually, hari Rabu tu kakct dah suruh dia pergi sekolah. Tp somehow, waktu rehat rasa tak sedap hati pula, so kakct pergi tgk dia kat sekolah. Tru enough, memang dia tengah semput. So, pergi jumpa doc lagi, dia dpat mc 2 hari. Friday, keadaan macam dah ok, tp bila jumpa doc, dia kata lung dia masih packed.

Saturday, we went to see doc lagi. Masa tu doc dah sound, kalau tak baik2 juga, macam kena admit sebab dia dah on prednisolone for almost a week. Utk pengetahuan semua, ubat prednisolone ni ada mengandungi steroid. So penggunaanya tak boleh berpanjangan.

Seperti biasa, nego dengan doc. Can't afford to be admitted to hospital doc, sebab i tak ada bibik. (selfish betul mak dia). So, kena buat neb twice for Sat and 4 times for Sunday. Sanggup, janji tak kena masuk wad.

Unfortunately, on Sunday morning after neb, bila doc check dia kata, you better pergi jumpa pakar lah sebab lung dia still tak clear betul even after the neb. Fikir2, ia tak iya juga. Kesian Muhammad. Dah seminggu dia mc. Takkan nak mc lama2. Nanti tertinggal pula pelajaran dia.
So dipendekkan cerita. on Monday when we visited Doc Nasir, confirm dia kena admit. Doc kata mungkin 2,3 hari aje.

So, bergilir lah kakct dan che abe menunggu Muhammad di wad. Kat rumah pula macam kapal karam..Si Muhammad pula suka masuk wad sebab dia kata makanannya sedap...So, masuk wad hari Isnin, alhamdulillah hari Rabu, ie today dah boleh discharge. I think kalau admitted, recovery is very fast sebab dia masuk ubat thru IV (cucuk kat tangan tu). Muhammad, Muhammad. Nak kena keluar ribu riban baru nak baik ye....(sib baik company cover..)

Tuesday, July 14, 2009

Happy Birthday to me!

HAPPY BIRTHDAY TO ME!!

Actually, this post is supposed to be yesterday's post. Tp disebabkan berlaku kekalutan, dengan tak ada bibik dan muhammad pula sakit dan dimasukkan ke hospital, kakct tak sempat nak berblog.

No birthday celebration sebab anak dah masuk wad. Should be a special one coz semalam umur kakct dah mencecah angka 4. Sibuk sibuk pun dapat juga lah a bouquet of flowers dari che abe. Tq dear. Sebenarnya, special birthday gift, che abe dah kasi in advance few mths ago. But no need to story lah ye...

Days without maid

Rumah berserak!! Pagi hari kelam kabut sebab nak kena hantar semua orang ke sekolah or nursery. Malam kelam kabut sebab budak2 tak menyempat nak makan. Macam orang kebuluran especially yang dihantar ke nursery. Si Dafina pun, sampai2 rumah terus minta makan nasi! Selalu macam tak heran jer...

Bibik balik hari Sabtu (4 July). Hari Ahad, Muhammad kena asthma attack pula. Hari Isnin sampai Rabu kakct cuti sebab takut Dafina meragam masa dihantar ke nursery. Nasib baik Ammar we all dah train the week before. Nak jadi cerita, che abe pulak kena outstation Hari Isnin sampai Rabu. Apalagi, bersilat lah kakct sorang2 kat rumah.

Hari Isnin, ok lagi. Che abe hantar Along and Angah sekolah. Muhammad MC. so, dia ikut kakct. Hantar Ammar, pas tu hantar Dafina. 1st day, Dafina tak nangis sebab masa kakct tinggal, dia tengah khusyuk tengok baby ramai. Lepas hantar Dafina, bawa Muhammad nebulizer. Balik masak, kemas rumah sikit2. By the time i'm done, dah nak kena ambik angah dan along dari sekolah. Kalau ayah dia ada, along boleh balik dengan ayah.Lepas makan, solat ambik ammar pula. Decided to ambik Dafina sekali. Kesian dia first day, ambik awal sikit lah.

Sampai rumah, angkat kain, kasi mandi budak2, siap makan malam, kasi makan budak2. By the time malam dah tak larat, tapi kain menimbun nak kena lipat. Kerahan tenaga, everybody kena lipat sendiri punya kain baju. Sort baju untuk dibasuh, makan malam, basuh pinggan, tengok budak2 punya kerja sekolah..ntah bila dah terlelap!

Wednesday, July 1, 2009

Birthday Dik Mar yang ke-5

Hari ni birthday dik mar yang ke-5! Kesian dia, hari ini juga lah hari pertama dia kena ke tadika Amal untuk daycare. Bibik masih belum balik ke Indon lagi, tapi nak train Ammar ke sekolah baru dia di Tadika Amal Keramat Permai.

Seperti biasa, kakct akan hantar Ammar ke tadika Amal di AU2. Lepas habis tadika pukul 11.30, Ammar akan naik bas Pakcik Hashim juga, tp instead dihantar balik kerumah, dia akan ke daycare Tadika Amal juga, tp di Keramat Permai.

Tahun ni tak ada special celebration untuk Ammar. Cuma kakct belikan kek saja, makan anak beranak dirumah.


Ni gambar masa birthday Ammar yang ke-3. Kek tu hasil kerastangan kakct. Buruk pula rupanya.. he he. Masa birthday yang ke-2 aje ada buat sikit celebration kat rumah, tp tak ada gambar pula nak share...
Ni pula, birthday Ammar yang ke-4. Masa ni dia ada buat special request nak kek ryukendo. Ntah apa punya katun, kakct pun tak tahu. Nasib baik google kat internet, dapat juga gambar ryukendo ni. Apalagi, minta tolong kawan kakct kat office, suruh tolong buatkan kek design ryukendo ni. Kan main suka lagi si Ammar...

Ni lah rupa kek ryukendo tu!



Ni pula sample gambar yang kak ct pass pada kawan kakct tu. Thank You Mazni! Ammar memang suka sangat dengan kek yang Mazni buat