Sunday, June 28, 2009

Bibik nak balik (part 2)

6. Maid ke -6. Si I.


Allah, rasanya she's my worst maid. Masa mula2 masuk, penampilan kakct kasi 8 out of 10. Melihat kan dia macam perempuan melayu terakhir. Dia tak selekeh macam yang lain2. Baju2 dia cantik coz dia pandai menjahit. Kata my agen, dia ni anak kiai. Oh, that's explain tentang penampilannya. Tapi, jangan tertipu dengan luaran!


Bukannya apa, kakct rasa dia ni kerja tak ikhlas. Kalau kita minta tolong buat apa2, dia buat macam nak tak nak aje. Dengan budak pun macam nak tak nak aje melayan. Rupa2nya, dia bercerita dengan my sis punya maid yang dia ni selalu dimanjakan. Infact masa dalam pantang, mak mertua dia akan bawakan makanan utk dia sampai ke bilik. That's explain.


Yang paling tak tahan, genap 3 bulan 1 hari dia bersama kakct, dia beritahu pada kakct, "Ibu, saya sudah ngak mahu kerja lagi"


Nak gugur jantung kakct dengar. Apasal dah lepas 3 bulan baru cakap? Dia kata sebab agen pesan, kalau dalam masa 3 bulan tak serasi, diam-diam aja. Kurang asam punya agen. Dia tak nak ganti free lah tu. So, dia suruh beritahu after the warranty period. Padahal, kakct dah ambik few maids dengan agen ni.


So, I bawa dia pergi bersemuka dengan agen. Lepas kena brainwash, dia agree to stay. Bila kakct tny, kenapa mau berenti? Jawabnya, ngak tahan bu. Kepalanya pusing dengan budak2.


Alamak..kalau sudah pusing dengan budak2, susahlah sikit. Memang kakct akui anak2 kakct ni ada yang agak nakal sikit. Itu yang bibik ni tak tahan. Dipendekkan cerita, few mths later, after dah kena brainwash, si I sekali lagi beritahu kata dia jadi nak berenti.

Since dia baru sgt kerja degn kakct, dan mungkin sebab agen tu rasa bersalah or malu sebab rahsia dia dah terbongkar, dia agree to replace yang baru. Tp kena bayar RM2000. Maid yang baru ni majikan lama dia tak nak sebab katanya a bit slow to handle 7 orang anak. Kus semangat... 7 orang, memanglah kalut.

So, there goes si I. Mula2 kakct ingat dia nak balik Indon, tapi rupanya dia tukar majikan kerja dengan orang lain pula..Jaga orang tua.



7. Bibik M

Bibik M ni memang slow motion. Padanlah ex majikan dia nak tukar. Masa ni, kakct heavily pregnant si Dafina. Macam mana lah dia nak handle baby nanti. Risau juga. Tp one thing yang perasan, si M ni penyayang. Very humble dan bersopan santun orangnya. Masa kakct decide nak ambik dia, kakct sempat tanya dia betul2. Kamu memang sanggup tak kerja dengan budak2. Jaga baby dan anak kakct ada yang nakal. Jawabnya, biasa bu... bu. Anak saya juga nakal.

Walaupun slow, dia ok. Bila kakct bersalin Dafina, nampak yang dia sayang sangat dengan Dafina. After 6 mths, si M beritahu yang dia terpaksa balik ke Indon sebab pak mertua dia meninggal. Anak2 dia tgl dgn arwah pak mertua dia. Kalau dia tak balik , nanti rumah dia yang bersebelahan dengan rumah pak mertua akan diambil alih oleh pakcik2 saudaranya. Si M ni ibu tunggal. So, dia takut adik beradik arwah suaminya will take over the house.

So, there goes bibik M. Mmmm, entahlah. Dapat yang baik, macam2 hal pulak.

8. Bibik or should I say, Kak Ip**

This is first time i ambik maid muda, dari Acheh. The previous maids are all from Jawa. Barat, Timur, Tengah..semua ada. Kerja dia kemas. Dengan budak pun bolehlah... kiranya macam tambah sorang lagi anak. DIa akan bergosip sama2 dengan anak2 kakct. Cumanya, since she is very young, banyak perkara yang kita kena ajar dan suruh. Kalau diberi pilihan, I prefer the older one.

Nak jadi cerita, after 3 1/2 mths, at almost 7 o'clock (maghrib), Angah called kakct.

"Umi, kak Ip** dah lari!"

Terperanjat kakct. Tak pernah ada maid kakct yang lari. The first question that i asked, Dafina macammana. Takut kakct kalau kot2 dia bawa lari si Dafina. Adik ada, kata Angah. Rupanya, dia tunggu Angah balik dari sekolah agama before she ran away. Hmmm, nasib baik ada sifat kemanusiaan juga.

She left me a note saying that dia minta maaf dan beritahu yang dia tak ada ambil apa2 brg dari rumah kakct. The reason dia lari katanya coz dia ikut cowok. Bila masa pula dia sempat bercowok ni. Rupa2nya bila dia dah tak ada, baru lah anak2 kakct beritahu yang kadang2 ada mamat naik motor datang rumah we all, dan si Ip** akan ber surat. Hm, sabar ajelah budak2 ni pun. Awat tak beritahu awal2. So, melayanglah duit RM250 sebab kena denda maid lari.

After si Ip** ni lah, baru kakct dapat bibik yang sekarang ni. TAMAT

Friday, June 26, 2009

Dapat baby baru !!!

Yeay, yeay... alhamdulillah. Kakct dapat baby baru.....

No 6? Oh tidak..bukan kakct punya..tapi adik kakct yang bongsu, cik Elly punya. Congratulations to Elly and Ey. Finally, baby no 3, a girl setelah mempunyai 2 orang hero...

Inilah dia gambar Syazwin aka Wiwin few mins after delivered at Muar, 7.30 am 24hb June. Berat 3kg.

Ni gambar abang sulung, Syazwan aka Wawan..

Ini pula abg no 2, Syakir aka KK?


Dalam pantang ni my mom and bapa tolong jaga sekejap di Muar...To Ey and Elly, cepat2. U all aje yang bole beat we all. Another 2 to be at par.. he he he. Yang lain tu dah pencen..

Lagi gambar Family Day

Pergh, lama dah tak sprint ni...
Alahai Along. Macam menari inang jer..

Angah sampai juling biji mata nak kasi balance buku tuh..


Dik Mar melenting lenting lompat macam kangaroo. Sikit pun tak jatuh bola tu..





Muhammad baru nak membalancekan buku




Sunday, June 21, 2009

Bibik nak balik (part 1)

When talking about maids, it's a never ending story... Masuk yang ni, kakct dah pakai 9 orang khidmat pembantu rumah untuk jangkamasa 14 tahun.

Current bibik, kakct namakan bibik S. Kakct rasa dia oklah... Walaupun kadang2 tu suka melawan. Maklumlah, dia ni dah agak berumur. She's in her late 40, dalam 49 yrs old. Masa mula2 amik dia, dia dah beritahu, nanti genap satu tahun, saya mahu pulang sebentar ke Medan kerana ada urusan bank. Kata dia, sebelum dia masuk M'sia, dia ada gadaikan tanah ke bank utk membeli bot. So, dia kena balik untuk ambil balik geran rumah dia kerana hutang dia akan langsai dalam masa setahun lagi. I think dia beritahu dia amik loan utk 3 tahun, sebanyak 10 juta.

Mula2 dengar tu bengang juga lah. Baru start kerja dan beritahu nak balik. Dia orang ni you never know. Kata nak balik sekejap, tapi bila dah sampai sana, terus senyap. Tak jadi nak balik sini semula. Sudahnya, kita juga yang rugi...

Kakct bukan apa. Dah macam2 pengalaman yang kakct rasa dengan maid ni. Tapi, tu lah. Kalau tak nak kasi balik, kang ntah apa2 pula yang dibuat dengan anak2 kita. So, bila dia kata nak balik juga, I cannot force her to stay.

So, bibik dijadualkan balik awal bulan July. Kact dah standby. Dafina kakct akan hantar ke nursery. Ammar pula, extend ke daycare di Tadika Amal. Si Angah dan Muhammad, terpaksa lah balik ke rumah. Kalau tak boleh cope, mungkin Md kakct akan transit kat rumah jiran. Buat masa ni nak cuba dulu tinggal dirumah. Either che abe atau kakct akan balik tengok they all during lunch time. As for Along, tak ada masalah. Dia still balik ikut che abe.

Ni nak cerita sikit tentang pengalaman kakct dengan maids ni. Bukan tujuan nak mengumpat, cuma nak dijadikan pengajaran sedikit.

1. Madi yang pertama -Maid from Kelantan - Che M aka auntie (dia yang suruh Mira panggil dia auntie).



Masa ni Mira berumur dalam lingkungan 1 tahun. Che M kerja tak sampai 1 tahun dengan we all. Sebab dia berhenti...cannot take teguran from us, particularly me. Dia akan kata "Kak M lebih dulu makan garam dari T, tak payah nak ajar kak M". She will rearrange the furnitures in my room whenver she likes. See... tak kan tak boleh tegur? First time pakai maid, kakct tak tahu. So, i benarkan she enters my room. However, maid2 yang kemudian..sori. No entry except kalau kakct benarkan



Tapi, satu kenangan yang tak bole lupa sampai bila2 dan menjadi parut dalam hidup kami ialah... jeng jeng jeng. Cuba tengok gambar di bawah ni..





Gambar kaki Amira. Guess what, kena seterika. The worst thing is dia tak call pun we all kat office masa Mira kena. "Tak apa, dia tak nangis pun. Kak M dah letak bedak". What? Bedak.... peghak betul lah dia ni. I almost naik angin. She thinks she's so clever, letak bedak dekat luka melecur?



We all bawa Mira ke klinik and guess what the doctor said, "Awak dah check betul2 ke.. manalah tahu kes dera coz luka is quite besar.. Ha,? Tak terfikir pula we all. I guess, it's just a pure accident lah doc. So, sampai sekaranglah parut tu tetap terpahat di kaki Mira. Tak apalah Long, nanti besar along tak boleh pakai skirt.. kata kakct pada Mira. Tapi incident ni bukanlah penyebab kak M resign. I still maintain dia sebab i rasa itu hanyalah kemalangan dan bukannya disengajakan. Lepas resign dari rumah we all, dia kerja kilang di JB.



2. Another maid from Kelantan- Mek N



Selepas cik M left, we decide to take a break. Lepas Angah lahir, we all hantar dia ke rumah baby sitter until when she was about 2 1/2 yrs. Masa ni we all minta tolong arwah MIL dan adik ipar tolong carikan. Dia kata ada orang single parent yang nak kerja. Kakct kata ok lah. Bila MIL bawa ke rumah, tengok2 dia bawak budak hingusan yang dah stop belajar. Ado lah, what to say? Takkan nak marah your MIL? At that time the girl was just 16 yrs old. Mak dia suruh datang tolong cari duit.

Mek N tak banyak perangai. Tp since dia cuma budak2 lagi, not much you can expect from her. Masak sikit2 utk Along and Angah. Kemas sikit2. Basuh baju dan kerja rumah sikit2. Other than that... mengadap TV. We even bought a hi fi stereo masa tu sebab takut dia boring, boleh dengar2 lagu. Kalau jalan2 pun, dia akan ikut. Ke KLCC, Zoo Negara and sekitar KL selalu bawa dia.

Kakct masih ingat bila we all balik Kelantan pada Hari Raya Haji. Bila time nak balik KL, we all singgah rumah dia sebab nak ambik dia balik. Guess what, mak dia kata, she's not home. And dia tak nak kerja lagi. Ler... bengang betul. Kalau tak nak kerja, beritahu lah awal2. Reason... dia kata boring. What do you expect, budak umur 16 tahun duk terperap kat rumah? Mak dia kata dia nak kerja supermarket kat Bandar Tanah Merah yang baru buka tu...

So, apalagi... budak2 kena hantar ke rumah baby sitter yang baru.



3. Maid ke 3 - Si Y

Masa ni kakct heavily pregnant with Muhammad. Angah dah 5 tahun, whereas Along dah sekolah darjah 1. Che Abe masa ni, weekend husband. Dia sambung belajar di negeri P. Balik seminggu sekali jer.

We decided to take foreign maid pula. Local maids ni expectation dia lain sikit. They want to be treated like families and not as pembantu rumah. Kalau kita tegur sikit, kecik hati and so on. Lagipun, they have a lot of choices. Bila boring berhenti suka hati dia sebab nak kerja kilang lah, supermarket lah etc.

Kami ambil si Y dari Pakcik W. Masa tu she's illegal. Dia pernah kerja dengan one chinese family (legally). Lepas 6 mths, she ran way sebab majikan dia suruh masak b*** dan tak dibenarkan solat. So, passport dia masih berada dengan majikan lama dia.

Si Y ni kerja tersangat bagus. Rumah bersih, jaga budak pun ok lah. Cuma dia ni tak ada mulut lansung. So, tak berapa mesra dengan budak2. Bukan tak pandai jaga budak, cuma tak berapa pandai melayan budak lah maksud kakct. Dia duduk dengan we all dalam 2 1/2 tahun juga. We all decided to hantar dia balik juga akhirnya since she's not legal. Masa tu, ada program pemutihan. So, we all ambik kesempatan untuk hantar dia pulang. But we did ask her, kalau Y nak kerja lagi dengan we all, we will arrange to bring her in legally. Tp, dia tak nak. Di cakap dengan my mum she wants to work in kilang. Aiyo, i thot only local maids prefer kerja kilang. Orang In*** pun nak kerja kilang juga ke? Lepas tu kakct dengar dia ada masuk balik ke Malaysia, tapi kerja di restoren.



4. Miss S

Yang ni we all ambik secara sah. Masa ni rasanya kakct baru saja pregnantkan Ammar. Dia ni perangai bagus. Hormat orang tua dan majikan. Cuma.... ada sikit communication problem. Lagi satu IQ... ado lah tersangat rendah. Kalau suruh ambik barang, warna pun dia tak tahu. Memang menguji kesabaran. Suruh goreng ikan 1 ekor, dia akan goreng tiga ekor. Sape nak makan che kak oi. Bukan sebab dia degil, sebab dia tak paham. Walaupun selepas kakct tunjuk isyarat 1 dengan jari.

Masa mula2 masuk, ajar operate mesin basuh, almost 1o x pun tak paham2. Ajar kasi ubat kat budak2 tu pun, masya Allah tak masuk2 kepala. 2ml, jadi 3 ml etc. Tengok jam pun dia tak tahu. 3 jam, jadi 4 jam etc. Last2, after 2 1/2 years juga, we send her back. Tak bole nak sabar lah. Dah 2 tahun lebih pun masih tak pandai. Che abe kata, kalau dia pandai, tak adalah dia jadi maid...But, anak dah 4 orang, 2 masih kecik, I cannot afford to have maid yang slow dan susah nak faham2. Mungkin juga silap we all because we might compare her dengan Cik Y tadi. Memang lah jauh kecekapan nya.



5. Che W

Wow, yang ni i suka sebab dia kerja cepat. Semua benda dia bole buat. Masak, kemas rumah dan boleh repair kalau ada barang rosak. But somehow, che abe tak suka dengan cik W ni. Dia kata, Cik W ni kasar dengan Ammar. Masa ni Ammar dalam lingkungan 2 tahun. Dia suka tarik tangan budak ni kuat2. Che abe takut she might injured him. Dipendekkan cerita, we all tegur lah perangai dia yang tu. Minta jgn kasar sangat dengan Ammar. Lepas tu, macam ok je.



Tiba2, one day kakct berborak dengan jiran sebelah. Lebih kurang begini lah conversationnya:

Neighbour : "Akak, S tak suka lah tengok maid akak yang ni. Macam pelik sikit"

Kakct : "Pelik? Kenapa"

Neighbour : "Maid akak ni suka citer dengan S pasal apa yang berlaku kat rumah akak. S tak layan, tapi dia suka nak cerita"

Kakct : "Apa yang dia cerita?"

Neigbour : "Malas nak cakap lah kak. S dah kenal akak lama, tak nak percaya apa yang dia cerita"

Kakct : "Hmm, apa yang dia cakap kat S? (dalam hati, nak kena W ni)

Neighbour : "Biralah kak. Akak hantar ajelah dia balik. S tengok dia pun suka bertandang kat rumah kak L tu borak dengan maid kak L"

KakCt : "Ok, nanti akak sound dia"



Lepas tu kakct pun cakap dengan W, jangan suka bertandang rumah orang dan bercakap pasal majikan dan apa yang berlaku dalam rumah dengan orang lain. Tak elok. W kata, tak adalah bu. Mana ada saya cakap begitu... So, lepas tu cerita terhenti setakat itu until another few months later my neighbour tny lagi kat kakct. Since my neighbour ni is a full time housewife, dia banyak tahu apa yang terjadi di rumah kakct sepanjang kakct pergi ke pejabat. Kakct suka sebab bole minta tolong dia tengok2 kan budak2 dan maid ni. lepas 2nd time S beri pendapat suruh hantar balik my maid ni.. kakct pun dah cuak. Apa lah yang minah ni dah jaja kat orang pasal kakct. So, i confronted her. Still dia tak mengaku. Rupa2nya bila kakct tanya neighbour2 lain, si W ni suka berjalan ke sana kemari waktu kakct tak ada. Sambil berjalan2 sambil menjaja cerita. So, bukan dengan S aje yang dijaja nya, dengan orang lain juga.

Hangin satu badan lah kakct dengar. Kakct beri kata dua pada W, kalau masih mahu kerja dengan kakct, kakct tak kasi dia keluar rumah lagi kecuali utk sidai kain dan buang sampah aje. Tapi, tak diendahkannya. Last2 kali ke3 kakct sound dia, dia kata dia tak mahu kerja lagi. Mahu pulang. Fine..nak balik? I'll send you home!

Lepas W kata nak balik, kakct arrange for another maid. Nampak dia macam menyesal coz dia baru bekerja 10 bulan dengan kakct. Duit pun tak ada sebab dia selalu hantar duit balik ke Indonesia. Dia ni banyak masalah keluarga, but i won't eleborate kat sini. Dia siap cakap kat kakct, kalau saya tahu cuma banyak itu uang yang tinggal, saya enggak mau pulang.

Well, ibu tak boleh buat apa2, sebab kamu yang mahu pulang. Ibu sudah cari pengganti kamu.. Nampak menitis airmata dia. Sian juga, tapi sape suruh jaja cerita kat orang??

Maid ke 6... to be continued. Tunggu..

Saturday, June 20, 2009

Family Day 2009


Here are some pics to share while at the Family Day. Malas pula nak bercerita, so just enjoy the pics!
On the way ke PD pagi tu. Majlis start pukul 10. So, around 7.45, we all sekeluarga dah bertolak pergi..

Ni gambar budak mabuk. Degil, orang cakap jangan main game dalam kereta, dia buat juga. Last2 muntah tengah jalan. Nasib baik sempat berehenti tepi...



Ni gambar dalam bilik premium water chalet. 1 king bed and 1 day bed.. (tak cukup, kena supplement dengan toto. He he)



Ni bath tub dia dan toilet. Budak2 sempat berkubang dalam bathtub tu..Tak puas mandi kat pool dia agaknya sebab orang ramai.


Ni dalam toilet juga..




Masuk bilik aje, budak2 dah seronok tengok air kat bawah tu. Actually we saw ikan dan obor2. Tu yang semua meniarap tu... (mak bapa dia pun sama naik, tapi tak ambik gambar lah...)



Fina dan Muhammad bersantai kat balcony mengadap the sea view...



Muhammad bergambar kat pintu masuk hotel


Antara gambar telematch for the guys. Girls punya gambar tak ada. Che abe dah kepenatan, hilang entah ke mana..

Enjoy the view..


Gambar dari our balcony


Lagi gambar dari balcony


Ini di luar pintu masuk..



Tengoklah si Ammar tu.. ada jer pesen gambar yang tak cun dia buat. Si Fina tu macam nak lumba lari jer..

Fina helping umi buying groceries


Si kecik Fina helping umi buying groceries.... pandai dia ambik pampers dia aje ye... Notice tak beg kecik DORA yang dia pakai tu. Kanmain suka lagi dia dengan beg tu. Ke hulu ke hilir bawa. Beg tu adalah doorgift masa g Family Day tempohari.. (that reminds me, i havent post any entry regarding the event as promised....he he gambar tak upload dalam komputer lagi, sebab tu lambat...)



Lauk and dessert for the day

Ni gambar2 lauk dan dessert menyambut kepulangan cik abe dari kampung last week.. (citer basi sikit, baru sempat nak update..)

Biskut batik untuk menggemukkan diri..

Masak lemak daging salai dengan pisang muda


daging bakar.. (actually ni lebihan buat gulai daging salai pisang muda..)



kerapu sweet and sour


Biskut batik tu sebenarnya cubaan kali ke-2 kakct. 1st time buat tak menjadi.
Sape nak cuba bole cube resepi di bawah... (Resepi ehsan dari my fren, Cik Aini. TQ Ani.. and Su kerana tolong menyalin resepi utk kawan2)

BISKUT (KEK) BATIK

Bahan-bahan
  1. 350 gm biskut marie
  2. 1 buku butter (250gm)
  3. 4 biji telur ayam
  4. 1 cawan milo
  5. 2 sudu makan koko
  6. 3/4 tin susu pekat manis

Cara-cara

  1. Pecah2 kan biskut marie kepada 4 bahagian dan ketepikan
  2. Pecahkan telur dan pukul sedikit
  3. Masukkan susu pekat, milo dan koko yang telah dicairkan dengan air panas (supaya tidak berketul2) ke dalam campuran telur tadi. Kacau sehingga sebati
  4. Masukkan butter (yang telah dicairkan pada suhu bilik) ke dalam campuran di atas
  5. Kacau campuran tadi di atas api yang sederhana sehingga adunan menjadi bergentel2
  6. Setelah agak pekat, masukkan pecahan biskut marie ke dalam adunan dan gaul sehingga rata
  7. Masukkan adunan tadi ke dalam loyang atau acuan yang bersesuaian dan mampatkan dengan menekan2 adunan dari bahagian atas
  8. Sejukkan sebentar dan masukkan ke dalam peti sejuk
  9. Keluarkan biskut batik dari acuan, potong dan hidangkan

    p/s - tip dari aini, kalau nak senang, gunakan saja pembungkus butter utk menekan2 kek. Alaskan adunan dengan pembungkus tersebut dan tekan dengan tangan. Jangan tekan dengan senduk, nanti kek tidak mampat dan bila dipotong akan berderai..


Tuesday, June 16, 2009

Kuih cincin

Cuti sekolah hari tu, my sis and family went to KK, Sabah. Kak Norli ada kerja kat sana. Family dia saja ikut jalan2. Kakct ni pantang dengar ada orang pergi Sabah, sure nak mengirim. Bukan nya ape, kirim kuih cincin. Bentuk and taste dia a bit like kuih telinga k****g, tapi version keras. Tak silap kakct, kat Semenanjung tak ada jual kuih ni..

Sape yang tak kenal kuih cincin ni...ini lah rupenya. Diana (my niece) kata, harga dia RM5 sepeket utk packaging yang besar dalam gambar ni. Sebab beli banyak, dapat diskaun RM20 utk 5 pakets. Kira RM4 sepeket.

Utk you all yang tak pernah rasa kuih ni, kalau ke Sabah cube lah...



Friday, June 12, 2009

Gambar grill

Gambar oil leakage kat porch rumah... Banyak juga kan.


Ini gambar gril idaman. Bunga ros kuncup...



Ini gambar gril sliding door rumah Kelantan. Notice tak, bunga ros dia ros kembang! Frust kakct, i like the kuncup one..., tapi..kira ok juga lah. Che abe suka yang kembang.









Balik Kampung

Seperti biasa, cuti sekolah che abe mesti nak balik kampung dia kat Kelate. Lepas aje balik dari PD, the next day dia dah balik kampung. Kali ni dia balik sorang. Kakct tak ikut sebab standby cuti coz bibik nak balik Indon ujung bulan ni. Hm... ni pun kes pening kepala ni.. Nanti citer.

Actually mak dan bapa mertua kakct dah tak ada. Yang ada cuma adik beradik my husband. We all pun actually dah buat rumah kat sana. Biasalah.. my hubby kata, nanti dah tua2 nak pencen, balik kampung Kelate. Kakct cube juga pujuk, kalau nak buat rumah yang agak selesa, kat sini (KL) pun bole. Tapi, tak jalan. Nak balik kampung gak.

Rumah kak sana dah almost a year siap. Proses buat, roughly makan masa abt 2 years. Maklumlah, we all kat sini, susah sikit nak monitor progress. Sudahnya, a bit late tapi siap juga lah kan, except bahangian porch tu sebab we all nak buat something different, but budget tak cukup. So, macam tak siap juge la...

Balik kali ni baru nak pasang gril sliding doors dan pintu depan. Itu pun, dah order dari bulan 8 lagi...now baru siap. Sabar aje lah...

Masa che abe tak ada ni lah macam2 jadi. Si Along demam panas. Tumbuh rashes seluruh badan. Bila pergi klinik, dr kata macam campak, tapi bukan. Even dah makan ubat demam, fever dia masih 40'C. Siap kena masuk ubat bo***t lagi. Sape lagi, mak dia lah yang kena buat. Heran juga, nape doktor tak kasi injection ye. Garu kepala....

Lepas tu.. Hari Selasa, find out keta kecik kakct pula ada leaking. Alamak, nak buat macam mana ni. Eventhough i'm a very independant person, tang kereta rosak ni kakct tak ambil port. Che abe yang tukang bawa ke bengkel. Finally, semalam terpaksa lah bawa g bengkel. Nasib baik mekanik kata, still can wait till next week. Mmm, tunggu abe balik lah. Tapi yang tak larat tu, dia anggar tukar benda2 yang rosak termasuk timing belt and labour cost abt RM700++. Ler, dah lah bulan ni a bit sengkek. Garu kepala lagi...

Wednesday, June 10, 2009

Cuti Sekolah

1st week of cuti sekolah nothing menarik happened. Budak2 ada tuition. Even bapanya pun involved in tution on Friday. Along ada tution dari hari Isnin sampai Wed whereas Angah pula dari Tue sampai Thursday. Sian kakct tengok budak2 ni. Macam tak ada rehatnya, especially si Angah. Padahal baru nak amik periksa UPSR. Belum lagi periksa SPM.

Oh, kakct lupa nak update pasal kakct ada buat minor renovation kat rumah. So, masa 1st week cuti sekolah tu, renovation tak siap lagi. Jadi, memang tak boleh nak ke mana2. Actually bukan renovate apa pun. Bumbung kat ruang tamu dan porch rumah kakct tu bocor teruk sampai habis cornish kat dalam tu tercabut2. Actually, ni buka first time benda ni berlaku. Masuk kali ni dah kali ke-3 we all repair.

1st time buat, masa buat major reno dengan orang M***ra. Teruk betul mamat ni buat. Finishing out, pastu bila dah siap, bocor sana sini. After 2 or 3 years, we all panggil sorang lagi kontraktor ni suruh repair. Abis dekat 4k, tapi tahan tak sampai setahun...bocor lagi. Bila panggil suh repair, tak datang pun. Geram betul kakct.

So, yang 3rd time ni minta tolong abang ipar handle. Dulu pernah juga minta tolong dia, tp masa tu dia busy memanjang. Abih, bila dah 2x kakct kena, barulah dia tolong. Nampak macam ok. Betul sana sikit, sini sikit, ganti genting sikit, tambah tiang sebatang, tambah tile kat ruang depan proch tu... melayang juga kat sebulan gaji. Hu hu.

About 2 weeks juga lah repair tu. Tapi, lupa pulak nak ambik gambar masa rumah tengah bersepah tu. Nasib baik, just nice Friday siap sebab 1st weekend cuti sekolah tu dept office kakct ada buat Family Day kat PD. Of course, we all join sekali. Nanti, next entry kakct citer pasal trip to PD plak ye!