Saturday, May 23, 2009

Rezeki

Today, as usual is Pasar Tani day. Che abe ada urusan di Kajang...sekali lagi kakct kena pergi sendiri. Last week pun, dia dah ponteng sebab ada kursus. So, kakct decide nak bawa anak dara 2 orang tu, si Along dan Angah temankan kakct. (Teman untuk angkut barang).

Tak tahu pula yang hari tu ada orang dari FAMA tengah memantau harga di pasar tani. Rupanya ahli jawatankuasa ada organize cabutan bertuah untuk pengunjung sempena Mother's Day. Hanya ibu2 yang boleh buat cabutan. Kakct pun dapat kupon tu dari Ton, tokey ikan yang biasa kakct beli... And guess what, si Angah buat cabutan... we all dapat hadiah ni......


Cantik tak? Asmaul Husna dari bulu kambing... TQ Ton!

Monday, May 18, 2009

EXAM WEEK

Tengoklah betapa rajin anak2 kakct study sampai tertido2. Si Muhammad tu tak apalah, dia dah katam revision for the day. Ni si Along tu pehal lah dia pergi join adik dia. Dah elok2 tadi duk belajar kat study room, tiba2 muncul dalam bilik...join the club zzzzz.. Along2, tahun ni kan nak PMR dah. Kena lah lebih sikit buat ulangkaji tu..


Spa di Cinta Sari Ampang



At reception area

sebelum spa


dan selepas ....

kalau ada sesiapa teringin nak ke sana.. (free promo ni, he he) http://www.cintasari.com



Monday, May 11, 2009

2 weekend yang sibuk (part2)



Kad dari Ammar...dia buat di tadika. I guess it's a standard card for everybody. :-)


2nd weekend - Mothers Day

The day before Mothers Day- demam lah pulak. After every week's punya routine which is Pasar Tani and groceries Day, ie on Saturday, kakct terus tidur tak sedar diri. Actually memang ingat nak skip routine tu this week, tapi che abe ajak juge temankan dia. Badan kita dahlah sakit2. Telan ubat demam, gagahkan lah juga pergi..

Balik pasar Tani, selalulnya weekend kakct akan masak. Hari tu, terus lelap sampai kul 4pm baru bangun sembahyang zuhur. Kebetulan pula, si Muhammad pun kena attack asthma. Ajak che abe ke klinik amik ubat kak ct and amik neb utk Muhammad.



Ni gambar Muhammad tengah amik neb. Nanti2 kakct akan citer pengalaman menjaga anak2 yang ada asthma di entry yang lain ye





















Ni bunga dari che abe sempena hari ibu...















Ni pula lukisan dari Muhammad. Sori, gambar tak terang sebab guna camera handphone..
Hadiah dari kakct utk my beloved mom.... Treatment di spa. Actually, masa gi spa di Setiawangsa hari tu dah teringat nak belanja mak ke spa sempena hari ibu. Ditambah badan kakct pun terasa sakit2 masa demam the day befrore. Tapi kali ni kakct ke Spa Cinta Sari di Ampang. Somewhere before the LRT Station. Treatment took about 3 hrs utk kakct dan 2hrs utk mak. Mak kakct ada darah tinggi, so they all kata tak bole buat sauna. Mak amik package lovely. Treatment comprise foot bath, traditional body massage, lulur dan milk bath. Package price RM187.


Kakct pilih package bali kopi sebab package ni tengah ada promo. Treatment comprise of foot bath, sauna, traditional body massage, coffee scrub, honey treatment and sea salt bath. Promo price RM180. Kalau tak harga dia RM253. Urut dia memang best, hilang sakit2 badan kakct waktu tu juga. Adik yang urut kakct kata kakct banyak angin. Mana taknya, masa dia urut belikat kakct yang tengah sakit tu, ada lah dekat 30 kali dia sendawa... he he. Sorilah ye Su. Apa nak buat ko dapat cust macam akak ni...


Pics will be uploaded in the next entry ye...

2 weekend yang sibuk
























































1st weekend - Labour day.



Adik kak ct dari Kuantan balik ke Langat (rumah my parents). Seperti biasa kalau dia balik, we all pun akan berkumpul di rumah mak. Budak2 suka jumpa cousin dia orang. Kakct sefamily menginap semalaman di Langat. Petang tu pulak anak2 kakak sulung kakct datang dengan ayahnya. My eldest sis masa tu outstation di Kedah. Riuh rendah lah rumah Langat sekejap. Adik kak ct yang no 4 pun ada bersama. Yang tak ada cuma adik yang bongsu sefamily.



Actually, adik beradik kakct ada 5 orang, semuanya perempuan. Kakct anak yang no2. Yang sulung anak 4 orang, the eldest tu twin, perempuan. Yang no 3 and 4 lelaki. Adik no 3, yang duk kat Kuantan ni ada 3 girls. No 4, masih bujang dan yang bongsu ada 2 boys. Now preggy with no 3. Dengar2nya girl. Kakct pula ada 5 cahayamata, 3 girls and 2 boys. 1st two, puteri. Then 2 boys and last one girl. So, my parents dah ada 14 orang cucu...




The next day plak, kita orang ramai2 pergi swimming di kondo my eldest sis. He he. Dah lama tak swim, baru 1/2 lap dah semput....

Friday, May 1, 2009

Denggi???



Ahad lepas, tak pasal pasal lepas bangun dari tidur tengahari, dafina demam panas. Risau kakct dibuatnya. Selsema tak ada. Batuk pun tak ada. Mana tak risau, baru last week MPAJ datang buat fogging kat area rumah kakct. Emmm, mesti ni sebab ada kes denggi.
Pas makan ubat, demam tak kebah mana, tapi dia dah nak main dengan abang2nya. Kalau tak, melepek aje macam kat gambar ni ha. Pukul 5.30 ptg, demam panas balik. Kasi ubat lagi. Kul 9.30 malam, naik lagi temperature dia. Kakct tunggu kul 10 baru kasi ubat sebab tak sampai 5 jam. Nak tidur pun tak bole. Dia asyik merengek aje. Maklumlah, Fina ni jarang sgt demam. Sesekali demam, manja dia terlebih.
Tengah malam dalam kul 3, dia terjaga. Rupanya temperaturenya naik semula. Apalagi kasi ubat sumbat dalam ponggonglah jawabnya...
Paginya, demam dah kebah tapi kakct tak berani nak tinggal dia dengan maid aje. Cik Mek maid kakct ni bukan bole harap sgt kalau bab kasi makan ubat budak ni. So, terpaksalah kakct ambil emergency leave. Nasib baik dah lama budak2 ni tak demam. Tak ada lah asyik kena cuti mengejut aje.
Tengahari lepas ayah dia balik, baru we all bawa Fina g klinik. Dr kata tekak dia ok. Tak merah. Masa tu dia masih demam. Dr kata, kalau by Wed tak baik, kena cek darah. Maklumlah, anak2 kakct dah 2 orang pernah kena denggi ni. Si Amira waktu dia darjah 6 dulu kena masuk wad Ampang Puteri sampai seminggu. Platlet dia drop sampai 40. Tapi Alhamdulillah, tak ada apa2. Next yearnya pula si Ammar pula kena. Masa tu dia baru aje 1 1/2 tahun. Baya si Dafina lah. Ado..kesian tengok Ammar masa tu compare to ALong sebab dr susah nak cari urat untuk amik darah sebab dia kecik lagi. Tp, mujur lah Ammar tak kena lama. Platlet dia pun drop sampai 100 sahaja. Kakct tak tahu lah kenapa Ammar cepat sembuh, tapi lepas along kena dulu, ada orang kata suruh kasi daun betik atau sup ketam. Seingat kakct, Ammar memang lepas makan air daun betik tu, the next day platlet dia naik. Not sure whether sebab daun betik tu ke atau memang dia dah nak baik. Whatever it is, kita berusaha ajelah kan. Yang lain tu terserah pada Allah saje.
Berbalik pada Dafina, alhamdulillah lepas g klinik tu malam tu demam sekejap, pas tu terus dia ok. Now ni cuma selsema sikit2 aje...
Pada sesiapa yang nak cuba resepi air daun betik utk denggi-
  1. Amik 2, 3 helai daun betik,
  2. Tumbuk sehingga lumat
  3. Campurkan sedikit air.
  4. Jangan direbus!
  5. Aturan makan, sehari satu sudu besar. Rasa air tu..masya Allah, teramat lah pahitnya. Ada orang kata sup ketam pun bole juga. So, baik lah cuba dengan sup ketam dulu...at least rasanya sedap :-)