Thursday, December 24, 2009

PMR Result dah keluar!

5A, 4B! Frust juga sebab trial dia dapat 6A. ALong amik kelas aliran agama, sebab tu dia amik 9 subjek. A-Maths (berbaloi hantar tution kat maths clinic), Bahasa Arab, Agama Islam, BM and BI. B- Geog, Sejarah, KHB dan Science.

Tak apalah Along...cuba lagi SPM nanti. But you must work harder, kay!

Monday, December 14, 2009

Trip to Bali - Day 1


Tempat massage kaki

Apalah...orang nak g honeymoon, dia kasi single bed punya katil daaaa...

Pandangan Aston Bali dari depan

Ni kat tepi pantai...mat saleh berjemur. Pantai dia memang cantik...


Ni swimming pool. Frust sebab tak sempat nak mandi kat sini..

Flight we all was on the 30th, pukul 5.00 pm. There was a slight delay, gitu gini we all touched down dalam pukul 9.00 pm. Kakct amik package dari Enesty Travel, "Wow Bali", my leisure. So, we all sampai dah dijemput oleh Pak Wayan dan tourist guide, Ibu Made. Kakct pilih hotel Aston Bali, around 20mins from airport. Location, kat Tanjung Benoa. (dekat2 area Nusa Dua). Punyalah susah masa nak decide hotel, last2 we all pilih nak tempat yang tenang. That's why we all tak duduk di Kuta. Tapi, i tell u, memang tak menyesal pilih hotel ni sebab pantai dia memang cantik. Hotel pun ok. Cuma, problem...food as this is not a halal hotel. Around pukul 9.30 sampai hotel, lepas check in sempat juga jalan2 jap kat hotel. Pastu we had our dinner kat dalam bilik jer. Guess what, makan maggie. He he. Duduk 5 star boutique hotel, tapi makan maggie. Khas bawa dari Malaysia tu...
Habis 1st day. Sambung pula 2nd day in the next post ye

Sunday, December 6, 2009

Cik Intan's Wedding


4 dara pingitan (slightly before the nikah ceremony).


Finally, my 4th sister dah jadi isteri orang. Syukur... Semua anak mak dan bapa dah ada orang nak "jaga". Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

The nikah ceremony was on the 4th Dec, a day before kakct and che abe pulang from Bali. Kita orang hari tu almost tak jadi ke Bali sebab we had to leave the kids at my mom's house. To make it worse, without a maid. Knowing that there will be a lot of work to be done during majlis kahwin. But after cik Ina agrees to look after the kids (basically the makan and of course loads of laundry), we continued with the plan. Sorrylah cik Ina, mak and bapa if we cause you so much trouble (ni sebab bibik tak ada lah ni.grrrr, if not, not so bad...he he, nak sedapkan hati ni..)

Hari lansung was on the 5th (Sabtu). Alhamdulillah, everything went smooth. Jemputan yang hadir pun ramai, food pun just nice, dan semuanya selamat.

Bertandang was on 7th (Isnin) di Muar, Serom 5. A bit weird ya. Tapi, surprisingly jemputan kat sana eventhough buat hari kerja macam hari cuti. I guess kat sana memang biasa kot orang buat wedding time hari kerja.




The first kiss from the groom




Cik Intan peluk mak after the nikah..

Berarak...pengapit tu is my eldest sis and her husband


My kids and Najeed at Khairy's (new bro in law) kampung during bertandang


The whole rombongan masa bertandang. Semua adik beradik dan one car from Muar, jiran lama my father - Cik Sudin and wife dan Harnis and wife. Tima kasih cik sudin sebab sudi jadi rombongan kami..

Trip to Bali - Gambar brg2 shopping (partly)

Came back from Bali last Thursday. Really enjoyed our holiday, and of course without the kids... he he.

Rupanya si Dafina asyik nangis jer kalau kakct telepon. Kesian dia, dah besar. Dulu masa 1st time tinggal, masa kakct dan che abe pergi Bandung, dia kecil lagi, so it was easier. That was in Oct last year.

Post yang pertama.. tunjuk brg2 yang dibeli dulu. Cerita akan menyusul kemudian...

Antara souvenirs / brg yang dibawa pulang....


Key chains and baju tido anak2 dara. Baju beli 3 dapat 100k kat Tanah Lot. Key Chains-20pcs for 30k. Murah kan.


Ukiran moto harley davidson and speda. Satu moto tu beli kat Kintamani. Dia letak 120k, tawar dapat 70k. Sampai di Tegalalang, tawar punya tawar from 150k dapat 50k, so che abe rembat satu lagi. Speda-70k


T-shirts - ni macam2 harga ranging from 20k to 35k


Bahan2 melulur dan aromateraphy oil. Bahan melulur-8.5k each, minyak-16k

Kopi, makanan ringan dan beg untuk susu dafina. Beg-50k kat Tegalalang, kerepek2 - 100k (macam mahal lah pulak), kopi ginseng - 2 bekas tu -300k (mahal betul!). Kopi Bali kat Krisna-20k
Souvenirs - Beg utk kwn2 ranging from 13k to 25k. Yang 13k di Krisna kalau di pasar sukawati only 10k

Lagi T-shirt - di Kintamani 6pcs for 100k

Saturday, November 28, 2009

Trip to Bali - countdown

Just a few days left untuk kakct dan che abe pergi vacation ke Bali. Trip ni we all dah plan since February 2009..ala, masa tiket free tu. We all dapat RM175 pergi balik untuk dua orang termasuk check beg! Apa? Murah? Jangan jealous...

Hari tu sebenarnya dah berbelah bagi whether nak teruskan ke tak tak trip ni. Bukan sebab isu H1N1 atau isu sweeping Malaysia. Nak jadi cerita... masa we all ke Sarawak hari tu, Cik Intan sudah bertunang. Not so plan punya acara lah... So, now masa we all pergi Bali ni.. 2 days before we all balik, Cik Intan nak nikah pula. Sekarangkan kakct tengah tak ada bibik. So, the kids kena stay kat Langat. Takut that time nyai tengah busy.

But then bila tengok how Along handle si Dafina, rasanya ok kot. So.. we all decide teruskan as planned. Hopefully along boleh handle adik e-in ye. We count on you along! And also..cik ina. Kasi tolong pantau sikit.

Trip to Bali, nama aje 4days 3 nights. Tapi, by the time we all sampai dah malam (around 8.30). Kakct amik tour package dengan tour agency. So, 2nd day ada full day sightseeing. 3rd day-own activity. 4th day, flight dijadualkan pukul 6.00 am. So, effective cuma 2 hari je lah...

Will story more after we returned back from Bali this Thursday (3/12)

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua! We all seperti biasa... ke Langat lah...

UPSR and PSRA

Posting yang agak lambat...

Result UPSR dan PSRA dah keluar. Alhamdulillah, angah berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR nya. Tapi result PSRA agak mengecewakan. Cikgu target angah dapat mumtaz, tapi angah cuma dapat jayyid jiddan.

Last week kakct dan che abe busy sikit sebab sibuk isi borang asrama lah, mrsam lah. Tengok lah kalau ada rezeki angah...

Gambar di atas adalah masa angah dapat menjadi murid cemerlang 2009 sekolah agama dia....

Saturday, November 7, 2009

Tokoh kanak-kanak 2009

Last Monday, che abe dapat call dari sekolah angah. Cikgu suruh parents datang ke sekolah hari Khamis (5/11) nanti sempena hari Kanak2. Surprisingly, cikgu beritahu, angah dapat anugerah tokoh kanak2 sekolah dia bersama2 Haziq (classmate angah). We are quite surprise. Memang angah cemerlang dalam pelajaran dia. Dia juga every year akan mewakili sekolah dalam kejohanan catur, and selalu ambil bahagian dalam aktiviti sekolah. Tapi, tak sangka pula dia akan dapat anugerah.

Angah ni satu... dia jarang bercerita pada mak dan bapa apa yang berlaku kat sekolah unlike along. Dia jadi ketua kelas pun kakct tak tahu. Dia amik bahagian dalam kuiz ke, bolajaring ke, sukan ke...kadang2 jer dia nak cerita.

Rupanya, dia dapat anugerah ni dia dah hint kat along, but she never say anything dengan kakct and che abe. Sampai lah cikgu sekolah telepon. Angah, angah... kalau perkara yang penting tu angah kena lah share dengan umi dah ayah, tahu...???

Layan lah gambar sepanjang penganugerahan ni. Siap kena arak dengan kompang... Mak bapa pun kena naik pentas sama...

Macam pengantin pula...


Wajah2 ceria...







Angah dan hadiah2 nye... ada pula budak kecik interprem..





Sori.... tak tahu macam mana nak kasi rotate...

Monday, November 2, 2009

Happy Birthday Mak!

Hari ini birthday mak kakct yang ke 64. Selamat Ulangtahun mak. Semoga panjang umur, sentiasa diberkati Allah dan dimurahkan rezeki.

Tahun ni tak ada special birthday git, cuma semalam kakct dan amira ada buat blueberry cheese tartlets. Teringat yang mak suka makan tart ni. Tadi dah suruh cik Intan drop by kat rumah ambik tart yang dah siap kakct pack untuk mak.

Cuba layan gambar dari cook amatur ni...


Ni shell tart yang dah separuh or 3/4 masak. kakct masak the day before. Semenjak tak ada maid ni, ni lah 1st time buat projek memasak kuih2. Baru nak dapatkan momentum balik ni..

Along lah yang banyak tolong umi mendecorate tart ni. Actually, dia lagi teliti. Kakct dah siap 5 ketui, dia baru siap 2...

Ini lah hasilnya.
Nak resipi? Resipi ni kakct minta dari my fren, miss Nurul. TQ Nurul.. (sori, saya copy paste je. malas nak retype :-))
BLUEBERRY CHEESE TART
Bahan-bahan:
Untuk doh pastri
  • 250gm butter/marjerin
  • 80gm icing sugar
  • 2 biji telur
  • 440-500gm tepung gandum
  • 1 teaspn esen vanila

Kaedah penyediaan:

1. Satukan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh. Tak payah nk putar gula marjerin sampai kembangpun.

2.Ada petua mengatakan utk jadikan doh tu lebih kental/rangup letakkan doh dlm peti ais selama 1 jam. Make sure dlm bekas tertutup atau wrap ngan plastic

3. Ambil sebahagian kecil doh (Utk dptkn saiz ketebalan yg hampir sama, bulat2kan dulu doh tu) dan tekankan dalam acuan tat.Trimkan bahagian tepi acuan.

4. Cucuk-cucuk pastri menggunakan garpu supaya adunan tak menggelembung dan bakar doh pastri selama 10-15 minit atau sehingga separuh masak pada suhu 175’C.

5.Pipe/sudukan cheese filling dlm pastry ½ masak dan sudukan 1/4 sudu kecil blueberry. Kalau rasa tak nak comot, letak bberry filling dlm plastic, gunting hujung sikit & paipkan atas cheese. Senang nak buat corak ikut suka. Atau letak je pakai sudu & guna lidi utk buat corak web/bunga.

6. Bakar 180C dalam 5-10minit atau ikut ‘kehangitan’ yg diingini. Tp cheese kalau overcook dia akan merekah. Tak cantik pulak jadinya.

Cheese Filling

  • 250g cream cheese
  • 60g gula caster
  • 20g butter
  • 1 biji telur Blueberry/strawberry filling

-Untuk filling, pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang, masuk telur dan pukul hingga rata.Masukkan dalam piping beg(optinal je). Pakai sudupun ok.

SELAMAT MENCUBA!

Thursday, October 8, 2009

Trip to Kuching (July 2009) - Part 2

Tunjuk skill main golf. Actually ada bnyk aktiviti kat Damai Beach ni. So, budak2 tak boring.
Along mendapatkan khidmat 1st aid sebab kaki terpijak batu karang masa main kat pantai the day before.

Another beautiful scene at Damai


Bergambar kenangan sebelum ke 2nd hotel di Kuching

Siannya dua beradik ni. Kepenatan bershopping di pasar malam Satok!



Juling mata nak pilih mana yang berkenan di hati. Banyak choices of kek Sarawak utk ole2


Pemandangan Bandar Kuching from our 2nd Hotel - Merdeka Palace in the heart of Kuching



Kebetulan masa we al ke sana, ada festival. So quite a huge crowd kat Riverside tu!




Sebelum balik sempat main game kat tenet.






Trip to Kuching - July 2009 (part 1)

Fina muka bangun tido





Nowdays dah tak berapa sempat nak update the blog semenjak bibik balik ke Indon. Oh ya, lupa nak update, dia tak akan balik selama2nya ke M'sia. Hmmm, memang pembohong. Janji cuti 2 minggu, tapi bila dah sampai sana janji entah ke mana. Hampeh betul.

Btw, enjoy the pic masa kami sekeluarga ke Sarawak just few days after bibik left. Susunan a bit out ye.


Anak bujang umi enjoying the sunset view at Damai Beach Resort, Santubong. Memang cantik tempat ni!


The girls, enjoying their holiday! Dafina tu sebenarnya masih mamai, baru bangun tidur




The boys also enjoy themselves.



Ni gambar kenangan dengan penari Kg Kebudayaan






Eh si Ammar ni nak terbang ke?





Gambar di Rumah Kebudayaan Sarawak. Muhammad tu takut sebenarnya. Tengoklah queue kat belakang tu orang tunggu dia..






Kat Damai Beach resort. Cantik hotel ni!



Bergambar di depan family suite kami. Tingkat atas, untuk parent. Tingkat bawah pula, untuk budak2.





Ni, gambar di Tingkat bawah. Seronok budak2 ni.




Ni, dafina dan ammar masa nak bertolak ke Sarawak.

Wednesday, September 16, 2009

Quick update

Dah lama tak update blog. Semenjak bibik tak ada, tak cukup masa. Nak mengadap pc dan update blog pun tak sempat. Hendak2 lagi time2 bulan posa ni. Tidur pun tak cukup. Bangun pukul 4.30 terus tak tidur sampai malam. Mula2 boleh tahan sampai pukul 10.Nak hujung posa ni (macam semalam), pukul 9.00 kakct dah terlelap. Tengah tengok citer faverite Nur Kasih pun bole lelap...

Wednesday, July 15, 2009

Muhammad masuk wad

Sempat posing... Tgk gambar belakang budak yang interprem tu tengah kyusuk main game kat laptop

Muhammad mengulangkaji.. adalah 15 minit buat revision

The sibblings give moral support!

Sebenarnya dah agak lama anak2 kakct tak kena admit ke hospital. Masa Angah kecik dulu, dia memang kerap sangat masuk wad sebab asthma. Setahun ada 2,3 x. Muhammad pun tak silap kakct pernah masuk wad sebab wheezing. Masa umur dia dalam lingkungan 2 tahun. Lepas tu kalau kena attack, bole nego dengan doktor untuk just ambik nebulizer 4 jam sekali. Bukan apa, anak2 dah ramai. Kalau ada yang masuk wad, harus haru biru yang tinggal di rumah tu.

This time around, Muhammad start kena asthma attack a day after we send bibik balik. Hari Isnin sampai Rabu kakct cuti, so dia follow aje kakct gi kemana2. Actually, hari Rabu tu kakct dah suruh dia pergi sekolah. Tp somehow, waktu rehat rasa tak sedap hati pula, so kakct pergi tgk dia kat sekolah. Tru enough, memang dia tengah semput. So, pergi jumpa doc lagi, dia dpat mc 2 hari. Friday, keadaan macam dah ok, tp bila jumpa doc, dia kata lung dia masih packed.

Saturday, we went to see doc lagi. Masa tu doc dah sound, kalau tak baik2 juga, macam kena admit sebab dia dah on prednisolone for almost a week. Utk pengetahuan semua, ubat prednisolone ni ada mengandungi steroid. So penggunaanya tak boleh berpanjangan.

Seperti biasa, nego dengan doc. Can't afford to be admitted to hospital doc, sebab i tak ada bibik. (selfish betul mak dia). So, kena buat neb twice for Sat and 4 times for Sunday. Sanggup, janji tak kena masuk wad.

Unfortunately, on Sunday morning after neb, bila doc check dia kata, you better pergi jumpa pakar lah sebab lung dia still tak clear betul even after the neb. Fikir2, ia tak iya juga. Kesian Muhammad. Dah seminggu dia mc. Takkan nak mc lama2. Nanti tertinggal pula pelajaran dia.
So dipendekkan cerita. on Monday when we visited Doc Nasir, confirm dia kena admit. Doc kata mungkin 2,3 hari aje.

So, bergilir lah kakct dan che abe menunggu Muhammad di wad. Kat rumah pula macam kapal karam..Si Muhammad pula suka masuk wad sebab dia kata makanannya sedap...So, masuk wad hari Isnin, alhamdulillah hari Rabu, ie today dah boleh discharge. I think kalau admitted, recovery is very fast sebab dia masuk ubat thru IV (cucuk kat tangan tu). Muhammad, Muhammad. Nak kena keluar ribu riban baru nak baik ye....(sib baik company cover..)

Tuesday, July 14, 2009

Happy Birthday to me!

HAPPY BIRTHDAY TO ME!!

Actually, this post is supposed to be yesterday's post. Tp disebabkan berlaku kekalutan, dengan tak ada bibik dan muhammad pula sakit dan dimasukkan ke hospital, kakct tak sempat nak berblog.

No birthday celebration sebab anak dah masuk wad. Should be a special one coz semalam umur kakct dah mencecah angka 4. Sibuk sibuk pun dapat juga lah a bouquet of flowers dari che abe. Tq dear. Sebenarnya, special birthday gift, che abe dah kasi in advance few mths ago. But no need to story lah ye...

Days without maid

Rumah berserak!! Pagi hari kelam kabut sebab nak kena hantar semua orang ke sekolah or nursery. Malam kelam kabut sebab budak2 tak menyempat nak makan. Macam orang kebuluran especially yang dihantar ke nursery. Si Dafina pun, sampai2 rumah terus minta makan nasi! Selalu macam tak heran jer...

Bibik balik hari Sabtu (4 July). Hari Ahad, Muhammad kena asthma attack pula. Hari Isnin sampai Rabu kakct cuti sebab takut Dafina meragam masa dihantar ke nursery. Nasib baik Ammar we all dah train the week before. Nak jadi cerita, che abe pulak kena outstation Hari Isnin sampai Rabu. Apalagi, bersilat lah kakct sorang2 kat rumah.

Hari Isnin, ok lagi. Che abe hantar Along and Angah sekolah. Muhammad MC. so, dia ikut kakct. Hantar Ammar, pas tu hantar Dafina. 1st day, Dafina tak nangis sebab masa kakct tinggal, dia tengah khusyuk tengok baby ramai. Lepas hantar Dafina, bawa Muhammad nebulizer. Balik masak, kemas rumah sikit2. By the time i'm done, dah nak kena ambik angah dan along dari sekolah. Kalau ayah dia ada, along boleh balik dengan ayah.Lepas makan, solat ambik ammar pula. Decided to ambik Dafina sekali. Kesian dia first day, ambik awal sikit lah.

Sampai rumah, angkat kain, kasi mandi budak2, siap makan malam, kasi makan budak2. By the time malam dah tak larat, tapi kain menimbun nak kena lipat. Kerahan tenaga, everybody kena lipat sendiri punya kain baju. Sort baju untuk dibasuh, makan malam, basuh pinggan, tengok budak2 punya kerja sekolah..ntah bila dah terlelap!

Wednesday, July 1, 2009

Birthday Dik Mar yang ke-5

Hari ni birthday dik mar yang ke-5! Kesian dia, hari ini juga lah hari pertama dia kena ke tadika Amal untuk daycare. Bibik masih belum balik ke Indon lagi, tapi nak train Ammar ke sekolah baru dia di Tadika Amal Keramat Permai.

Seperti biasa, kakct akan hantar Ammar ke tadika Amal di AU2. Lepas habis tadika pukul 11.30, Ammar akan naik bas Pakcik Hashim juga, tp instead dihantar balik kerumah, dia akan ke daycare Tadika Amal juga, tp di Keramat Permai.

Tahun ni tak ada special celebration untuk Ammar. Cuma kakct belikan kek saja, makan anak beranak dirumah.


Ni gambar masa birthday Ammar yang ke-3. Kek tu hasil kerastangan kakct. Buruk pula rupanya.. he he. Masa birthday yang ke-2 aje ada buat sikit celebration kat rumah, tp tak ada gambar pula nak share...
Ni pula, birthday Ammar yang ke-4. Masa ni dia ada buat special request nak kek ryukendo. Ntah apa punya katun, kakct pun tak tahu. Nasib baik google kat internet, dapat juga gambar ryukendo ni. Apalagi, minta tolong kawan kakct kat office, suruh tolong buatkan kek design ryukendo ni. Kan main suka lagi si Ammar...

Ni lah rupa kek ryukendo tu!



Ni pula sample gambar yang kak ct pass pada kawan kakct tu. Thank You Mazni! Ammar memang suka sangat dengan kek yang Mazni buat